Akhirnya aku berjaya juga mengemaskinikan blog aku sehingga ke kisah pengalaman aku yang paling terkini. Minggu ni merupakan minggu ke-5 di bulan Mei dan minggu terakhir di bulan ini. Syarikat tempat aku berkhidmat sudah lewat memberikan pendapatan bulanan semua staf di syarikat. Sorang demi sorang staf di syarikat mula menghilangkan diri sejak beberapa minggu lalu. Aku pada mulanya masih boleh bertahan lagi akhirnya terpaksa menjadi pemandu kepada isteri aku. Aku kini tidak lagi ke pejabat dan hanya menghantar dan menjemput isteri aku. Sebenarnya keadaan aku takde la seteruk mana lagi kalau nak dibandingkan dengan rakan sepejabat yang lain. Rasanya nasib bos di syarikat tempat aku kerja jauh lebih teruk sebab terpaksa menanggung hutang dan saman. Tapi kini imej aku sebagai seorang 'Jay' sudah tercalar kerana terpaksa dibiayai oleh isteri aku sendiri.
Minggu ni jugak minggu dah masuk minggu ke-3 masih tiada lagi mana-mana syarikat yang aku dah buat permohonan kerja kat beberapa laman web portal kerja (Jobstreet, JobsDB, JenJobs, Monster dan agensi pekerjaan dsb) kol untuk sesi interview. Ini tak boleh jadi, memandangkan aku kini tidak lagi beroperasi di pejabat tetapi beroperasi di rumah, aku terjumpa satu lagi iklan Walk-In Interview di Jobstreet:
 |
| Iklan Walk-In Interview Datacom SouthEast Asia |
Person in-charge tu mintak aku isi borang dan jawab soalan English ni. Terasa macam nak masuk kolej pulak ambik exam English ni. Ada dekat setengah jam jugak kut aku jawab, ada 35 soalan semuanya. Aku harap aku score la test ni..haha..
Dah habis test English, aku ingatkan dah habis dah. Rupanya ada lagi satu test yang lagi mencabar minda.
 |
| Test Support Microsoft |
Soalan dia mula-mula nampak macam senang, sekali tu dia jadi makin susah pulak. Aku dah ler biasa guna Windows XP jer. Keluarnya soalan-soalan Windows Vista dengan Windows 7. Aku hentam jer la jawab apa yang aku tahu. Sistem test tu kasi masa 2 jam setengah, tapi kalau aku fikir lama-lama pun tak guna jugak. Aku habiskan dalam masa dalam 40 minit jer kut untuk test ni.
 |
| Test Tamat..fuhh lega.. |
Selesai test Microsoft support, ada lagi satu test pulak yang aku pun tak sangka.
 |
| Typing Test: Software Typing Master |
 |
| Test Result Typing Test Aku |
Hasil latihan bertahun-tahun dalam chatting, aku berjaya jugak menjadi expert level typist 49 Word Per Minute (WPM). Ni jer la test yang aku tahu keputusan dia. Kira okaylah tu kan?
Aku ingatkan dah habis dah sesi, rupanya ada lagi satu sesi interview dengan interviewer yang sebenar. Ni gambar dia curi daripada
Facebook Datacom Malaysia:
Banyak jugak soalan dia tanya, macam apa jangka masa panjang aku, apa aku akan buat kalau customer marah lah dan lain-lain lagi. Tapi interviewer ni orang Australia jadinya kenalah cakap English. Habis jer interview, dia kata nanti dia akan kasi jawapan sama ada aku diterima kerja atau tak dalam masa sehari dua lagi. Waktu aku tulis blog ni dah hari ke-2 dah pun, masih belum dapat jawapan lagi jadinya aku tak pasti la sama ada aku berjaya atau tak. Tengoklah kalau esok diorang kol aku. Aku habis interview jam 5.15pm.
Sementara tu, aku masih lagi memburu lagi kerja lain kat luar sana. Jalan terakhir aku buat masa ni adalah dengan terjah agensi pekerjaan tapi itu pun kalau dah terdesak sangatlah. Apa pun, doakan aku dalam pencarian kerjaya baru aku. Sekian..